assalamualaikum..
hari ne semua orang seronok! yang muslim gembira menyambut Maulud Nabi Muhammad s.a.w.
Yang non-muslim pla seronok sebab hari ini cuti umum!
Jyeah! Dan aku pula gembira atas kedua-dua sebab sekaligus!~ Pada awal pagi sambutan Maulidur Rasul diadakan. Aku tidaklah tergolong dalam orang yang berarak. Ayah saja yang pergi berarak bagi wakil jabatan..
Aku sekadar duk umah goyang kaki. TAPI. bukan goyang kaki sembarangan taw! Goyang kaki sambil menonton sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan. Yala. Xdapat berarak , dapat tengok dari tv pun jadilah.
*setelah ayah sudah balik umah dan rehat2 sebentar*
"Siapa mau ikut mama jalan?"
"Aku!" laju aku jawap kalau bab jalanjalan ne. mmg hobi :)
Okey. Bersiap lawalawa. Pakai shawl cantikcantik. BlusherBlusher sket. Dan JALAN! *hati berbunga riang*
Hantar adik dulu pegi jumpa BFF dia dekat McDonald. *Motif ? budak kecik ne mau keluar kerana..ingin menyiapkan jadual waktu sekolah dengan BFF .* Aku dulu dari form1 sampaila aku form 6 mmg xpernah la buang tebiat buat kerja sekolah di McDonald.
mama. aku. ayah. Tinggal kami lg yang mencari haluan serta hala tuju perjalanan. Set motif dulu baru senang cari port. :)
Motif : Mama --> menambah bilangan koleksi kasutmasut.
Ayah ---> mencari ganti kasut futsal yang telah lapuk.
Aku ----> Tukang sibuk merangkap tukang angkat barang. ^^ *rajinkan*
Kesan daripada kerajinan aku yang melebih-lebih dalam memberikan pendapat dan kecekapan serta kepantasan aku dalam bab mengambil barangbarang yg telah siap dibayar di kaunter , aku telah di anugerahkan beberapa cenderahati yang telah membuat hati ini berbunga-bunga. ngengehngeh.
Akhirnya dapat tambah koleksi kasutmasut jugak dan bajubajuan tanpa mengeluarkan sesen pun duit sendiri.
Jimat kan? kan? kan? MEMANG JIMAT.
Hasil :) |